Back to Events

MAS AZREENA

1 event published

Previous events

24 Oct 2026, Saturday

7:00am – 6:00pm

MINGGU LITERASI MEDIA & MAKLUMAT X WORLD MENTAL HEALTH DAY X HARI BERSAMA PELANGGAN, PUSTAKA NEGERI SARAWAK, SIBU 2026

šŸ“ššŸŒšŸ’š MINGGU LITERASI MEDIA & MAKLUMAT X WORLD MENTAL HEALTH DAY X HARI BERSAMA PELANGGAN, PUSTAKA NEGERI SARAWAK, SIBU 2026 Jom sertai kami dalam program Minggu Literasi Media & Maklumat (MIL) 2026 X World Mental Health Day X Hari Bersama Pelanggan Pustaka Sibu yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik, bermanfaat dan interaktif untuk seisi keluarga! Program ini dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perbandaran Sibu. šŸ“š Minggu Literasi Media & Maklumat 2026 merupakan inisiatif tahunan UNESCO yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan literasi media dan maklumat, serta menggalakkan penggunaan maklumat secara kritis, beretika dan bertanggungjawab. Melalui program ini, masyarakat didedahkan kepada kemahiran menilai kesahihan maklumat, mengelakkan penyebaran berita palsu dan menjadi pengguna media yang lebih bijak. Tarikh: 24-31 Oktober 2026 šŸŒŽ World Mental Health Day pula diraikan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan dan kesejahteraan, serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat ke arah komuniti yang lebih sihat dan berkualiti. Tarikh: 24 Oktober 2026 šŸ’š Hari Bersama Pelanggan, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu yang berfokuskan kepada aktiviti sihat dan interaktif bersama pengunjung serta komuniti setempat. Tarikh: 24 Oktober 2026 Ayuh bersama-sama meningkatkan literasi maklumat, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan komuniti demi membina masyarakat yang lebih berilmu, sihat dan berdaya maju.

Community & Social
PUSTAKA NEGERI SARAWAK SIBU
MINGGU LITERASI MEDIA & MAKLUMAT X WORLD MENTAL HEALTH DAY X HARI BERSAMA PELANGGAN, PUSTAKA NEGERI SARAWAK, SIBU 2026