MINGGU LITERASI MEDIA & MAKLUMAT X WORLD MENTAL HEALTH DAY X HARI BERSAMA PELANGGAN, PUSTAKA NEGERI SARAWAK, SIBU 2026
Date & Time
24/10/2026 โ 31/10/2026
7:00am โ 6:00pm
8 days
Location
Sibu
PUSTAKA NEGERI SARAWAK SIBU
Organiser
PUSTAKA NEGERI SARAWAK SIBU
Capacity
500 attendees
About this event
๐๐๐ MINGGU LITERASI MEDIA & MAKLUMAT X WORLD MENTAL HEALTH DAY X HARI BERSAMA PELANGGAN, PUSTAKA NEGERI SARAWAK, SIBU 2026 Jom sertai kami dalam program Minggu Literasi Media & Maklumat (MIL) 2026 X World Mental Health Day X Hari Bersama Pelanggan Pustaka Sibu yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik, bermanfaat dan interaktif untuk seisi keluarga! Program ini dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perbandaran Sibu. ๐ Minggu Literasi Media & Maklumat 2026 merupakan inisiatif tahunan UNESCO yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan literasi media dan maklumat, serta menggalakkan penggunaan maklumat secara kritis, beretika dan bertanggungjawab. Melalui program ini, masyarakat didedahkan kepada kemahiran menilai kesahihan maklumat, mengelakkan penyebaran berita palsu dan menjadi pengguna media yang lebih bijak. Tarikh: 24-31 Oktober 2026 ๐ World Mental Health Day pula diraikan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan dan kesejahteraan, serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat ke arah komuniti yang lebih sihat dan berkualiti. Tarikh: 24 Oktober 2026 ๐ Hari Bersama Pelanggan, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu yang berfokuskan kepada aktiviti sihat dan interaktif bersama pengunjung serta komuniti setempat. Tarikh: 24 Oktober 2026 Ayuh bersama-sama meningkatkan literasi maklumat, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan komuniti demi membina masyarakat yang lebih berilmu, sihat dan berdaya maju.




